Tarikh: 17 Ogos 2009 (Isnin)

Tempat: Bilik Gerakan
Masa: 3.00 - 4.00 pm

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Kluster R&D iaitu En. Mohd Isa Jani (merangkap PK KoKu). Pn. Suriyati sebagai Penyelaras telah membentangkan pembahagian tugas kepada semua guru dalam j/kuasa R&D ini. Semua guru begitu teruja untuk melaksanakan tugas masing-masing. Itulah keistimewaan guru MOZAC..Bagi la apa saja tugas, pasti beres..Memang tension untuk menguruskan program kluster ni..Tak apa...yang penting semua tugas dapat dibuat dengan senang hati dan kalau boleh enjoy..
Cikgu Isa telah membuat tempahan nasi beryani sebagai jamuan selepas mesyuarat..
Mesyuarat ditangguhkan pada tepat pukul 4.00 pm..Alhamdulillah antara meeting yang pendek di MOZAC.




Tarikh: 14 - 16 March 2009
Tempat : Makmal Institute Bioteknologi Melaka

Semasa cuti persekolahan ini seramai 28 orang pelajar berpeluang menjalani latihan amali. Program ini adalah dibawah kebitaraan e-Teroka dan dipimpin oleh tenaga pengajar dari Biotech Melaka.Turut serta adalah Pn Norhayati, Pn Suriyati, Pn Erney dan cik Rachel .Pelajar berpeluang menjalankan beberapa ujikaji mengenai herba, DNA dan kajian lapangan tumbuh-tumbuhan lain menggunakan kemudahan makmal berteknologi tinggi dan perlu mematuhi disiplin peraturan makmal yang ketat


Tarikh : 27 & 28 February 2009
Tempat : Hotel Ancasa MITC, Ayer Keroh
Kehadiran : 40 pelajar & 6 guru

Program kebitaraan sekolah melalui k-Teroka mengadakan kursus R & D kepada 40 orang pelajar dan 7 orang guru yang dikendalikan oleh pensyarah dari ASM (Akademik Sains Malaysia). Manafaat dari penganjuran kursus dan bengkel ini akan membolehkan sebahagian pelajar dan guru menjadi perintis kepada kelompok warga mozac yang lain untuk lebih memahami aspek kajian projek sains dan inovasi bagi meningkatkan aktiviti kebitaraan sekolah di bawah k-Teroka.
Penceramah yang terlibat adalah Professor Dr Wong Eng Kiong (MMU,professor Dr Ho Chee Cheong (FaSc ASM) Professor Dr Helen Nair (FASc ,ASM),Prof Dr Khalijah Mohd Salleh (FASc,ASM), dan Executive Director Dr Shukri Ab Wahab (ASM).Terima kasih kepada Akademi Sains Malaysia dan MOSTI kerana kerjasama yang diberikan sehingga program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Tajuk ceramah dan bengkel adalah
Introduction to developing students as scientist
What is research & how to start a science research
How to develop a research design & research plan for science project
Methodology for scientific research
General judging critria for science fair project
Brainstorming & role play
Group presentation


Tarikh : 20 Mei 2009 (Rabu)
Tempat : SM Sains Muzaffar Syah
Masa : 2.30 - 5.00 pm


Petang ini barisan kepimpinan sekolah beserta wakil dari Univesiti Teknikal malaysia ,Melaka yang dipimpin oleh DATUK ASSOC. PROF. DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH DEPUTY VICE CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION) mengadakan mesyuarat permuafakatan kebitaran sekolah.Antara hasil perbincangan adalah persetujuan untuk mengadakan beberapa program bersama berlandaskan perkongsian bijak bagi menjayakan kebitaraan K-Teroka, e-Mozac dan e-Tinta .Mesyuarat dimulakan dengan taklimat pengetua diikuti perancangan program dan penyampaian cenderamata.Diharapkan perjumpaan kali kedua selepas kunjungan kepimpinan sekolah ke pejabat TNC UTem minggu lepas akan menghasilkan kesan yang lebih besar untuk faedah kedua belah pihak demi menjayakan cita-cita melahirkan pelajar berkemahiran dimasa depan.




Pada 31 mei 2009 telah berlangsung Malam Anugerah Cemerlang dan Pelancaran Buku Pelan Pendidikan SBP 2008 - 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .Sekolah kita telah diberi tanggung jawab untuk gimik pelancaran buku tersebut.Pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran.Diucapkan Jutaan Terimakasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah terlibat.

Program Science Explorace merupakan satu program unit Research dan Developement (R&D)Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Kumpulan sasaran ialah pelajar tingkatan 1,2 dan 4.Ianya telah berlangsung daripada 14 Julai sehingga 15 Ogos. Tujuan utama program ini ialah untuk menambahkan minat pelajar terhadap sains dan membuat penyelidikan.Program ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelajar.

Tarikh : 19- 21 November 2008
Tempat : Makmal Fizik, Sek Men Sains Muzaffar Syah
Masa : 9.00 - 5.30 ptg
Kehadiran : 20 pelajar, 10 guru

Kursus pemasangan komputer telah berjaya dilaksanakan. Kursus tersebut dikendalikan oleh Ramadhan Consultant yang telah dihadiri oleh 22 pelajar dan 10 orang guru dan kakitangan sokongan. Peserta diajar tentang cara memasang komputer: motherboard, power supply, CD writer, USB port dll..Peserta telah diuji pemasangan komputer sebanyak 2 kali..Setelah itu peserta diajar cara-cara memasukkan program windows XP dan program lain seperti microsoft office.


BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.


Blogger Template by Blogcrowds


Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.