Apa itu k-Teroka?

BIDANG : “RESEARCH AND DEVELOPMENT“

1. RINGKASAN EKSEKUTIF :

Warga MOZAC mahu menjadikan budaya penyelidikan berlaku dengan aktif di peringkat sekolah. Program ini akan memberi sumbangan secara proaktif kepada warga pendidik melalui penyebaran ilmu pengetahuan baru untuk memperkaya kualiti hidup. Hasrat utama program “R&D“ ini, ialah untuk menghasilkan pelajar sebagai modal insan pencipta.

Program “R&D“ ini mengandungi dua komponen utama. Komponen pertama ialah untuk menyemai budaya penyelidikan dan penciptaan dalam bidang sains dan rekacipta dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar akan didedahkan secara berperingkat cara melakukan “R&D“ dan digalakkan membuat “R&D“ mengikut tahap kemampuan mereka. Program ini akan dapat melahirkan lebih ramai pelajar meminati bidang sains dan teknologi.

Komponen kedua ialah untuk menghasilkan lebih banyak bahan penyelidikan dan rekacipta yang bermutu untuk pelbagai pertandingan Inovasi dan Rekacipta Sains serta menerbitkannya dalam pelbagai bentuk media. Anggaran kos bagi program ini ialah RM 256,700. Oleh itu, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah sentiasa dirujuk sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bidang sains dan teknologi di peringkat sekolah dalam dan luar negara.

2. LATAR BELAKANG :

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah telah berjaya menghasilkan beberapa projek yang bermutu dan cemerlang untuk pertandingan Inovasi dan Rekacipta Sains. Kesemua idea dan projek ini dihasilkan oleh pelajar sendiri dan telah dipraktikkan dari tahun ke tahun. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan penasihat sahaja. Oleh itu, program “R&D“ yang akan dilaksanakan nanti akan dapat menghasilkan lebih ramai pelajar yang berpotensi melakukan “R&D“ yang bermutu dan mampu bersaing di peringkat global.

Antara kejayaan yang dicapai ialah:

1. Tempat ketiga Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta kejureteraan SBP 2001 dan 2002.
2. Naib Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan SBP 2005 – Tajuk projek : “Smart Parking”
3. Projek Keli Pembajaan Organik Semulajadi Inovasi Sains telah berjaya menambat hati pihak RTM untuk dimasukkan dalam satu rancangan dokumentari.
4. Naib Johan Melaka 2007 dan 2008 bagi pertandingan Robotik Kebangsaan kategori terbuka
5. Johan Melaka 2007 bagi pertandingan Robotik Kebangsaan kategori “Bull Dozer“.
6. Johan Pertandingan “Formula One” 2008 bagi pertandingan “Formula One RIMUP”.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Menjadi perintis dan pakar rujuk dalam bidang penyelidikan sekolah yang cemerlang di negeri Melaka.

3.2. Membangunkan kemahiran penyelidikan dalam kalangan 30% pelajar seperti membuat hipotesis, pencarian, analisa, data kajian, pengujian, penilaian, pelaporan, pendokumentasian dan persembahan data.

3.3. Mewujudkan dan merangsang budaya penyelidikan dalam kalangan 100% pelajar tingkatan 1,2 dan 4.

3.4. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang inovasi sains dan rekacipta sebanyak 5%.

3.5. Meningkatkan kemahiran 20 orang guru dalam melakukan “R&D“ mengikut bidang masing-masing.

3.6. Menghasilkan penyelidikan dan rekacipta yang bermutu di peringkat sekolah. Seratus peratus bahan tersebut akan didokumentasikan dalam semua bentuk media dan dipamerkan untuk tatapan ramai.

3.7. Memperoleh johan dalam pertandingan seperti Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan SBP, Pertandingan Karnival Pendidikan Sains Kebangsaan, Pertandingan Robotik, Pertandingan Pelancaran Roket, Pertandingan “Formula One” dan berjaya mewakili Malaysia ke pertandingan “Intell Isef”.


Bidang

1. Sanggar Muzaffar

Sanggar Muzaffar merupakan taman herba dan kolam ikan air tawar. Projek penyelidikan berkaitan bidang pertanian dan penternakan. Penyelidikan tentang khasiat pokok herba, bioteknologi, penanaman kaedah fertigasi, penternakan ikan keli.

2. Asas Astronomi

Mencerap bintang dan anak bulan. Pendedahan diberikan kepada pelajar yang berminat dengan bidang astronomi. Kelengkapan yang disediakan ialah set teleskop dan perisian.

3. Bengkel R&D

Segala aktiviti 'R & D' dilaksanakan di dalam bengkel ini seperti mencari maklumat melalui internet dan menyiapkan projek. Aktiviti kelab robotik juga dibuat di dalam bengkel ini.

4. Latihan

Guru dan pelajar diberi pendedahan tentang cara untuk melaksanakan 'R & D'. Tenaga pengajar dari institusi seperi University Teknikal Malaysia dan Intell education akan dijemput untuk memberi latihan.

5. Eksplorasi Sains

Program ini merupakan satu pertandingan rekacipta dan inovasi yang terbuka kepada semua pelajar.

6. 'Hans-on Activity'

Program ini merupakan satu persembahan eksperimen sains. Setiap kelas akan diwakili oleh tiga pelajar untuk membuat persembahan eskperimen. Tajuk eksperimen adalah berkisar tentang sukatan pelajaran yang dipelajari.

7. Program 'Science Explorace'

Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains. Dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Empat pelajar akan membentuk satu kumpulan. Pertandingan adalah mengikut format seperti Program Explorace TV3. Setiap kumpulan perlu menyempurnakan 10 tugasan yang telah ditetapkan..

8. Penyertaan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi yang dianjurkan oleh SBP, JPN dan lain-lain agensi.

0 Comments:

Post a Comment





Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.